Gambar Super Victor, Maskot Euro 2016

Maskot Euro 2016 di Perancis dinamakan Super Victor melalui undian pengguna internet.

Nama karakter kartun itu menggambarkan seorang budak berpakaian seorang pemain bola sepak dalam warna biru dan putih serta memakai topi dan nombor jersi 16.

Maskot itu membuat kemunculan pertama di gelanggang Stadium Velodrome yang baharu di Marseille sebelum sepak mula perlawanan persahabatan ketika Perancis menang 1-0 mengatasi Sweden pada 18 November lalu

Maskot pada Kejohanan Eropah pada 1984 di Perancis dinamakan Peno manakala pada Piala Dunia 1998, maskot itu dipanggil Footix.


Euro 2016 akan diadakan di Perancis dari 10 Jun sehingga 10 Julai.
Previous Post Next Post

Contact Form