Kumpulan Samurai yang dianggotai Acong, Arin dan Man telah tersingkir pada minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) selepas dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terendah.
Penyingkiran Samurai pada malam bertemakan ‘Retro Kilauan Emas’ seakan sudah dapat dijangka kerana selain persembahan yang agak hambar, lawak yang cuba disampaikan mereka juga ‘tidak sampai’.
Peserta tersingkir telah diumumkan oleh juri tetap MLM 2014, Taufik Batisah.
Samurai ketika ditemui selepas program tersebut berkata, mereka akur dengan keputusan juri dan berterima kasih kepada Astro kerana memberikan peluang untuk menyertai MLM 2014.
“Sudah tertulis perjalanan kami sampai di sini…Bagaimanapun kami tidak menyalalahkan juri atau pun tema pada malam ini.
“Selain itu, kami tidak akan berputus asa dan akan mencuba lagi di masa hadapan sekiranya diberikan peluang,” kata Acong mewakili Samurai.
Dengan berakhirnya perjalanan Samurai itu, kini tinggal lagi 12 peserta yang tinggal untuk merebut hadiah lumayan, iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.