(5 Gambar) Jambatan Gua Musang-Jeli Runtuh Dirempuh Balak

Sebuah jambatan sepanjang 1 kilometer di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan runtuh selepas dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri yang melepasi paras jambatan dalam kejadian banjir 23 Disember lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan pengguna jalan Gua Musang ke Jeli terputus hubungan.

Ekoran kejadian, lebih 300 penduduk di Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star bergadai nyawa apabila terpaksa berulang-alik menggunakan bot.

Menurut beberapa penduduk yang ditemui, mereka menyedari jambatan itu runtuh hanya dua hari kemudian setelah air banjir yang melimpahi jambatan tersebut surut sepenuhnya.

Previous Post Next Post

Contact Form