Semalam, pengarah popular Jinggo (suami Shelia Rusly) telah menyebarkan gambar di Facebook menunjukkan betapa teruknya bahasa pihak pengurusan Puteri Balqis. Jinggo juga mendakwa bapa Puteri Balqis amat sombong dan berlagak.
Baca: Pengarah Dedah Sikap Ayah Puteri Balqis Berlagak Dan Sombong
Kini ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurutnya, segala apa yang ditulis oleh Jinggo adalah satu fitnah besar.
Jom baca kisah dari pihak Puteri Balqis pula.
Kata Norashikin:
Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di AsianTelevision Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.
Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.
Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.
Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut. Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis.
Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.
Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.
Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod.
Norashikin juga turut memaklumkan yang mereka telah dinasihat oleh beberapa pihak agar tidak berurusan dengan produksi tersebut kerana syarikat itu banyak mendatangkan masalah. Nampak gaya berdasarkan penerangan ini, ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik Puteri Balqis.
Mungkin ada komplot tertentu untuk menjahanamkan karier PuteriBalqis. Cemburu mungkin? Pelik-pelik orang kita ini. Tak boleh ke kalau naktumpang gembira apabila melihat orang lain berjaya? Kenapa perlu menciptacerita tipu hanya untuk menjatuhkan orang lain? Sumber :Mstar Online.
Itulah kisah dari keluarga Puteri Balqis. Kesian juga dengan Puteri Balqis, macam-macam dugaan pelakon cilik ini kena hadapi. Tapi apapun sememangnya bakat lakonan Puteri Balqis amat hebat malah setanding dan lebih baik dari pelakon senior dan dewasa.