Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengalami masalah mental membuat laporan polis mendakwa kehilangan wang tunai RM1,550 di spa pelacuran di Bukit Bintang semalam.
Difahamkan pegawai berusia 42 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu membuat laporan polis jam 6.23 pagi berhubung kehilangan wang berkenaan dan laporan polis itu menjadi viral di media sosial.
Lebih mengejutkan apabila mangsa mendakwa duit itu dilarikan pelacur yang dilanggani.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, pegawai polis berkenaan mengalami masalah mental selepas terbabit dalam kemalangan pada tahun 2012 hingga menyebabkannya berada dalam keadaan koma selama tiga bulan.