Dahsyat, Daif dan Derita!
Itulah yang mampu saya ungkapkan setelah hari pertama saya bersama misi bantuan kemanusiaan PAPISMA ke Kuala Krai. Kemusnahan yang berlaku adalah beyond our imagination. Anda yang tidak berada di sini pasti sukar mengerti kedahsyatannya. Siapa sangka kawasan berbukit ini boleh banjir besar sehingga puncak bukit menjadi sebuah pulau. Kedalaman air banjir tersebut ibarat kedalaman Tasik Banding di Perak.
Perjalanan saya, Dr Zuraizi, Dr Firdaus, Brother Syakir dan Borther Qomad daripada bandar Kuala Krai sehingga Kg Manjor, Manik Urai mempersembahkan sebuah drama kehidupan yang sangat menyayat hati. Mangsa banjir duduk sugul di tepi jalan menagih simpati dermawan untuk mendapatkan bantuan. Harta benda, rumah semuanya hancur di belah badai banjir. Mereka hanya tinggal sehelai sepinggan.
Di Kg Manjor, kisah mereka sangat memilukan. Keseluruhan kampung lenyap sekelip mata akibat tsunami sungai di kawasan perbukitan. Hendak ke sana sahaja ibarat melalui dasar di sebuah kolam dalam. Keseluruhan dunia kami dipekati warna coklat sahaja. Hampir 60 keluarga hilang tempat berteduh. Cerita mereka di saat menghadapi banjir lumpur itu juga meruntun jiwa.
"Semuanya berlaku dengan pantas doc. Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa" jawapan standard hampir semua penduduk.
"Kami berlari ke atas bukit menumpang di rumah mokcik Soh. Jam 3 pagi, air naik di dalam rumah tersebut sehingga paras pinggang. Kami tak sangka air boleh naik ke sini. Maka kami terpaksa pula mengharung air dan mendaki bukit di awal pagi" cerita seorang pakcik berumur lewat 60an.
Di pulau baru tersebut, ada yang terputus bekalan makanan selama 3 hari. Yang bernasib baik dapat membawa dapur memasak sekali ketika berpindah. Ada juga mangsa menceritakan detik cemas kepada skuad kami sewaktu di atas sana.
"Di atas sana, sewaktu menyandar ke pokok, tiba-tiba pokcik terasa sesuatu yang sejuk sedang menjalar di leher pokcik. Segera pokcik mencampaknya dan terkejut mendapati ia adalah seekor ular kapak bodoh" cerita seorang pakcik tua lagi.
"Anak pokcik diketip seekor lipan dan mengadu sesak nafas dan sakit tekak selepas itu. Kami tidak mampu berbuat apa-apa untuknya. Mujur dia selamat".
Saya mengesyaki anak pokcik itu telah mendapat anaphylaxis reaction akibat disengat lipan tetapi Allah itu Maha Kuasa dan Dialah juga yang memanjangkan nyawa seseoramg itu. Itulah antara cerita sadis mangsa banjir di Manik Urai. Hanya mereka yang berada di sini mengetahuinya.
Jika di Badang saya telah merasai kesusahan berada di ground zero, di sini pengalaman sayu mereka lebih menginsafkan saya. Ternyata mereka lebih tabah menghadapi ujian-Nya. Bantuan penyelamat juga sukar akibat arus deras dan kekurangan anggota untuk operasi pemindahan. Mereka juga telah terputus bekalan elektrik, komunikasi dan air bersih hampir seminggu.
Namun, disebalik mendung pastinya ada mentari. Malaysia beruntung kerana mempunyai ramai dermawan. Banyak NGO dan orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa tetapi terdapat masalah dalam pengagihan tersebut. Berdasarkan pengamatan kami dan diskusi bersama local people kami merumuskan:
1. NGO/orang perseorangan perlu dipandu penduduk tempatan yang lebih arif tentang situasi dan kawasan yang mana perlu menerima bantuan.
2. Bantuan yang diberi dalam bentuk kotak perlu di atur semula agar pembahagian yang adil kepada mangsa.
3. Mangsa memerlukan beras, sardin, minyak masak dan wang untuk meneruskan fasa baru kehidupan. Yang lain-lain telah banyak disumbangkan.
Ada sesetengah kawasan pedalaman masih gagal dihubungi dunia luar akibat banjir lumpur atau halangan di atas jalan yang menghubungkan penempatan mereka seperti balak dan rumah yang tersadai akibat dihanyutkan arus deras.
Benar, saya sendiri sukar mempercayai apa yang saya lihat di sana tetapi jika tuhan berkata "Qun Fayakun" maka jadilah bah coklat di kawasan beraltitud tinggi. Pastinya tahun 2015 adalah tahun yang suram kerana sumber rezeki seperti getah dan sawit turut musnah. Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu memerlukan pembedahan plastik dan rekonstruksi yang menelan berjuta ringgit untuk dipulihkan seperti asal.
Insyallah esok akan terus berbakti kepada rakyat marhaen di Kuala Krai.
Ayuh teruskan menyumbang ke dana banjir Papisma atau mana-mana NGO lain. Mereka sangat-sangat memerlukan sokongan anda.
P/s: saya mengalami masalah line telco di sini. Mungkin catatan seterusnya sedikit lambat.
Salam Ambang 2015
Ikhlas membantu,
Dr Afiq Rahim, DAR