Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat carian jasad nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar laut berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan keadaan serpihan pesawat sudah berkecai.
Seorang penyelam dari kelab Indonesian Divers (I-Divers) yang ditemui turut memaklumkan ada satu jasad mangsa yang ditemui sukar dikeluarkan kerana dibelit kabel pesawat.
Memasuki hari kedua pencarian selepas Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memberi rehat dua hari kepada pasukan penyelam sebelum ini, hari ini empat jasad baharu berjaya dikeluarkan setakat pagi tadi.
"Kami lihat dianggarkan tujuh jenazah berada di bahagian badan pesawat. Empat jasad sudah kami angkat ke Kapal KN SAR Pacitan.
Tiga jasad lainnya akan diangkat oleh penyelam berikutnya.
"Satu jenazah agak sukar dikeluarkan kerana dibelit kabel pesawat," kata Rendra yang ditemui selepas menamatkan penyelaman, pagi tadi.
Berbeza semalam, keadaan cuaca pada hari ini dilapor baik dengan ombak dianggarkan setinggi satu meter, sementara arus di dasar laut berkelajuan antara satu hingga dua knot.
Sejumlah 26 penyelam kini ditugaskan di lokasi pencarian dasar laut bagi mencari baki jasad mangsa nahas pesawat malang itu yang masih tidak ditemui.