Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai esok dan Isnin ini, selepas berakhirnya cuti penggal pertama persekolahan 2016 walaupun cuaca panas melampau melanda negara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, setakat ini tidak ada keputusan untuk menutup mana-mana sekolah akibat cuaca panas dan kering itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara.
"Untuk sementara, apa yang boleh kita buat ialah semua aktiviti di luar bilik darjah mesti dihentikan atau tidak diadakan namun sesi persekolahan beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di sini, hari ini.
Selepas cuti persekolahan bermula sejak 11 Mac lepas, semua sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan memulakan persekolahan esok manakala negeri lain yang memulakan cuti tersebut pada 12 Mac akan bermula Isnin ini.