Majlis perkahwinan sepasang pengantin muda viral di media sosial hari ini. Beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh kakak pengantin lelaki, Atikah Farisya, di laman Facebook turut mendapat pelbagai reaksi netizen.
"Untunglah kahwin muda. Umur 40, anak-anak dah besar dan kerja. Pengantin lelaki babyface gila!" kata Rizal Hakimm.
"Raut wajah macam budak-budak. Ingatkan budak darjah dua tadi. Apa-apa pun semoga berbahagia. Kahwin muda banyak kelebihan sebab Allah pun suruh kahwin muda kan," kata Intan Aben.
Namun, ada juga sesetengah netizen yang memperlekehkan pengantin lelaki tentang keupayaannya 'membahagiakan' isteri. Tidak kurang juga yang mempertikaikan wajahnya tidak kena usia.
Menurut Atikah, adik lelakinya itu menghidapi Thalasemia Major yang menyebabkan tumbesarannya terbantut.
Jadi, usahlah mempertikaikan kemampuan dan raut wajah pengantin lelaki yang nampak seperti kebudak-budakkan itu. Perbuatan mempersoalkan ciptaan Tuhan hanya menyebabkan kita yang normal ini menjadi bongkak dan angkuh dengan kesempurnaan yang diberi olehNya.