Gagal Bayar Saman Anwar, Rumah Papagomo Bakal Dilelong

Rumah blogger kontroversi Papagomo akan disita dan dilelong mahkamah susulan kegagalannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bailiff mahkamah dan peguam Anwar menghantar notis berkenaan di kediaman Papagomo di Kuala Lumpur hari ini atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Bagaimanapun notis berkenaan tidak dapat diserahkan kerana tiada sesiapa di rumah berkenaan.

"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baru daripada mahkamah,” kata peguam Latheefa Koya kepada pemberita hari ini.

Jika notis hari ini tidak diendahkan, satu perintah mahkamah baru akan dikeluarkan, sambil membenarkan pegawai mahkamah memecah masuk dan menyita barang di dalam rumah tersebut.

Mahkamah Tinggi memutuskan Papagomo bersalah memfitnah Anwar pada Februari 2014 menerusi kiriman di blognya.

Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lalu mengekalkan keputusan dan mengarahkan Papagomo membayar RM800,000.

Rumah Papagomo
Previous Post Next Post

Contact Form