Gambar Lee Kwang Soo Di KLCC Malaysia 17 Mac 2016

Selebriti terkenal yang juga merupakan hos 'gameshow' popular Korea, RunningMan (RM), Lee Kwang Soo, membuat kemunculan istimewa sempena pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge, bertempat di KLCC.

Sebaik saja muncul di pentas, suasana meriah dengan sorakan peminat yang membanjiri ruang concourse sejak awal pagi lagi.

Tambah gamat apabila Kwangsoo dengan lagak bersahaja melakukan aksi-aksi lucu sambil memegang Samsung Galaxy S7 Edge miliknya.

Selain itu Kwang Soo turut meluangkan masa pada sesi meet and greet bersama seramai 100 peminat bertuah sejurus selesai acara pelancaran.

Memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon namun populariti jejaka berusia 30 tahun ini melonjak sejak menjayakan RunningMan. Dan kerana program no.1 terbitan SBS itulah, namanya meniti dibibir peminat seluruh Asia sehingga beliau mendapat jolokan sebagai 'Prince of Asia'.

Dalam RM, 'wataknya' yang sering menjadi pengkhianat ('betrayer giraffe') dalam pasukan menyebabkan namanya menjadi bualan.

Begitupun, ada saja gelagat kelakar yang dipamer Kwang Soo sekaligus membuat penonton tidak kering gusi. Tidak hanya dengan kelebihan tersebut, ada ketika aksinya dalam RM turut memperlihatkan dirinya seorang yang berkarisma dan punya pesona tersendiri.

Terdahulu, Kwang Soo pernah berkunjung ke Kuala Lumpur sempena acara Fan Meeting Lee Kwang Soo bertempat di pusat membeli belah Kenanga City sekitar Januari tahun 2014.

Dia datang lagi sekitar November dan kunjungan kali keduanya ketika itu bersama barisan hos Running Man iaitu SeokJin, Jihyo,JongKook dan HaHa sempena'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 yang diadakan di Stadium Negara.








Previous Post Next Post

Contact Form