Najib Puji Cara Tesco Tangani Kes Curi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji tindakan Tesco baru-baru ini yang mementingkan nilai kemanusiaan dalam mengendalikan satu kes curi yang berlaku di pasaraya tersebut.

Sabtu lalu, Tesco Bukit Mertajam dilaporkan tidak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki yang mencuri selepas mempertimbangkan keadaan lelaki tersebut yang berbuat demikian demi anak-anak yang kelaparan dan isterinya terlantar di unit rawatan rapi.

Lelaki yang menganggur itu sebaliknya ditawarkan pekerjaan di pasaraya itu.

Najib turut mengingatkan rakyat agar mencari jalan untuk mendapatkan bantuan seperti menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat.

Beliau turut menggalakkan rakyat agar mengunjungi laman web Jabatan Tenaga Kerja untuk melihat kekosongan dan tawaran kerja yang ada pada setiap hari.

Pesanan tersebut dikongsi oleh Najib di laman blognya dalam artikel berjudul Man Jadda Wajada, merujuk kepada pepatah Arab yang bermaksud: sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya.
Previous Post Next Post

Contact Form