Pergaduhan melibatkan kedua-dua keluarga pengantin yang tersebar dan menjadi viral di Internet adalah semata-mata untuk mempertahankan keluarga.
Pengantin perempuan, Nurul Hasnani Yazit, 21, berkata, keluarganya hanya bertindak daripada diserang oleh keluarga pengantin lelaki.
Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu menimpa keluarganya apatah lagi video bertumbuk antara bakal suami dan keluarga yang berdurasi tiga minit mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial.
“Terus terang saya sedih dengan apa yang berlaku, kawan-kawan juga ada bertanyakan kepada saya tentang kejadian itu kerana ia sudah tersebar.
“Saya tidak mahu cakap mengenainya dan rasa kami tidak akan berhubung semula lepas ni,” katanya ketika ditemui di rumahnya di PPR Kampung Limau di sini hari ini.
Dia mengulas tentang pergaduhan yang berlaku melibatkan keluarganya di Masjid Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.
Bagaimanapun, dia yang mesra dipanggil ‘Nani’ memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik dan ketika ditemui, raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan.