Pelakon Emma Akma, 47, tidak menyangka perkahwinan yang diharap akan kekal ke akhir hayat hanya bertahan buat sementara selepas mengetahui tujuan sebenar bekas suaminya, Omar Ramli, ingin berkahwin dengannya.
"Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika.
"Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu," ujarnya seperti yang dilaporkan BH online
Ekoran kejadian terbabit, Emma mengaku dirinya mengalami kemurungan yang teruk, apatah lagi ketika itu beliau turut mengalami penyakit busung sehingga pernah berniat untuk membunuh diri.
Bagaimanapun, Emma cuba memujuk diri agar cekal hati.
Emma dan Omar mendirikan rumah tangga pada 9 Jun tahun lalu selepas dirancang oleh anak angkatnya, Dayang Izzati, 11. Dayang ialah anak Omar hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Emma bercerai talak satu dengan Omar Ramli, 48, selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga.