Ahli UMNO diminta untuk mengabaikan ajakan pemimpin terdahulu untuk menggulingkan pemimpin semasa dan perlu menumpukan segala usaha merapatkan saf mengukuhkan parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin lama seperti Tun Dr Mahathir disifatkan sebagai kitab buruk dan tidak lagi relevan.
"Anggap seperti kitab buruk. Kita letak ditempat tinggi untuk menghormatinya. Kita tidak melangkahnya tetapi kita tidak boleh lagi membacanya kerana ianya ketinggalan zaman.
"Kita perlu menganggapnya sebagai sejarah dan perlu maju kehadapan," katanya dalam ucapan merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selangor, semalam.
Zahid, walaupun tidak menamakan Dr Mahathir dalam ucapannya itu, namun kenyatannya itu jelas merujuk kepada bekas pemimpin parti yang telah meniggalkan UMNO.
"Mungkin orang itu merasakan kita masih kisah. Jadi, bila beliau tinggalkan UMNO beliau tulis surat kepada pemimpin cawangan mengajak mereka menyertai gerakan beliau,
"Terdapat lebih 21,000 ketua cawangan diseluruh negara. Saya menyeru mereka, termasuk di Selangor untuk mengabaikan seruannya itu," kata Zahid.
Dalam sidang media selepas itu, Zahid memberitahu sungguhpun ada dari kalangan pemimpin UMNO menyertai Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau yakin ahli diperingkat akar umbi masih menyokong tampok kepimpinan parti.
"Masalah kita bukannya musuh yang kuat tetapi kita lemah dan ini merupakan realiti yang perlu kita iktiraf," katanya
Zahid kemudiannya mahu UMNO merampas kembali kuasa pemerintahan Selangor yang kini diterajui pembangkang sejak 2008 dengan memberi fokus kepada pengundi muda dan sekitaar 6.3 juta pengundi lama.
Ujarnya, terdapat 4.3 pengundi muda akan mengambil bahagian dalam pilihan raya yang bakal berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Kini terdapat imbangan hampur 50-50 antara dua kumpulan jadi kita tidak boleh syok sendiri dengan pendekatan lama dalam meraih sokongan masyarakat muda," katanya lagi.