(Video) Biar Kereta Remuk Digilis Treler, Pelajar Puas Hati JDT Menang

Walaupun kereta rosak teruk bergesel treler di luar Stadium Hang Jebat, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara tetap gembira meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ahmad Razimi Mohd Taib merupakan salah seorang daripada 20 pemilik kenderaan yang rosak teruk selepas digesel treler pada malam Ahad, akibat meletakkan kereta secara tiga lapis di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh.

“Saya tetap puas hati kerana pasukan saya menang, memang berbaloi walaupun kereta rosak teruk.

“Bagaimanapun, keceriaan kami terbantut sebaik melihat kenderaan masing-masing termasuk Proton Perdana milik saya remuk teruk,” katanya kepada Harian Metro.

JDT menewaskan pasukan PDRM 2-0 pada malam itu namun kegembiraan sebilangan peminat Harimau Selatan itu tidak lama sebaik keluar dari stadium.

Inilah saat dan ketika treler melanggar 20 buah kereta malam tadi yang diletakkan di jalan raya tepi Stadium Hang Jebat. Footage ini dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui jalan ini ketika kejadian berlaku

Posted by Malaysian ResQ Team on Monday, 14 March 2016

Razimi, 22, berkata apa yang lebih membimbangkan ialah kereta yang rosak itu adalah milik bapanya dan perlu menanggung kos pembaikan.

“Saya termenung seketika melihat keadaan kereta yang remuk selain dihimpit dua kenderaan lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku antara jam 9.50 dan 10.30 malam ketika saya bersama 30,000 penyokong kedua-dua pasukan leka menyaksikan perlawanan.

“Selepas kejadian ini, saya memilih ke stadium dengan menunggang motosikal bagi mengelak menerima nasib sama,” dia dilaporkan berkata.

Seorang lelaki berusia 50-an telah ditahan polis daerah Melaka Tengah semalam, dipercayai pemandu lori treler tersebut.
Previous Post Next Post

Contact Form