Wajah Perampas Pesawat EgyptAir Didedahkan, Rampasan Bermotifkan Cinta

Tindakan perampas pesawat EgyptAir MS181 yang dikenali dengan nama Ibrahim Samaha bermotif peribadi, demikian menurut laporan terkini dari Bloomberg.

Akbhar itu mengatakan motif perampas bertindakan sedemikian adalah kerana mahu menyampaikan surat kepada bekas isterinya, seorang rakyat Cyprus yang menetap di Larnaka.

Lapor Vice News, lelaki berkenaan mahu surat berhalaman 4 muka surat itu diberikan kepada bekas isterinya.

Dalam perkembangan terbaru, lelaki berkenaan dilihat melempar surat-surat tersebut dan kini perampas itu mahu berjumpa dengan bekas isterinya itu.





Sementara itu, Dailymail melaporkan, selain mahu menyampaikan surat kepada bekas isterinya, lelaki itu juga difahamkan mahu perlindungan suaka politik.

Samaha, dipercayai warganegara Mesir berusia 27 tahun, masih lagi menahan 7 krew dan empat penumpang di dalam pesawat terbabit.
Previous Post Next Post

Contact Form