Susulan viralnya cerita pengalaman seorang wanita bernama Siti yang bekerja memetik buah di Melbourne, Australia, tampil beberapa individu yang kurang bersetuju dengan dakwaannya yang disiarkan oleh Harian Metro itu.
Sindora Lee, sudah menetap di negara itu untuk tempoh dua tahun menceritakan pengalamannya. Jom baca di bawah:
Sindora Lee, sudah menetap di negara itu untuk tempoh dua tahun menceritakan pengalamannya. Jom baca di bawah:
Datanglah dalam hujung bulan Ogos. Awal bulan Oktober, inshaAllah banyak kerja. Kalau nak datang sekarang memang kurang sesuai sebab dah nak masuk musim winter.
Time winter memang kurang kerja tetapi ada tempat yang masih boleh buat duit. Kalau dapat ladang sayur memang untunglah sebab kerja sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, bukan mudah nak dapat kerja di ladang sayur.
Biasanya yang kena tipu itu sebab ikut ejen. Tetapi ada juga ejen yang okay. Pendek kata, ikut nasib. Nasihat saya, cubalah berhubung dengan kawan-kawan atau kenalan yang bekerja di Australia. Jangan ikut ejen yang meminta bayaran tinggi.
Beli tiket sendiri, urus visa sendiri, bawa duit poket dan yang paling penting pandai menjawab. Itu pun kalau kena tahan oleh Imigresen di lapangan terbang. Tetapi ramai saja pun yang dilepaskan begitu sahaja.
Datanglah seperti orang yang melancong. Sampai di Australia, cari orang yang boleh uruskan visa. Visa yang membolehkan anda bekerja di sini. Lebih baik buat terus bila tiba di sini sebab kalau visa masih valid, buat bridging visa akan terus dapat class A. Maksudnya yang boleh bekerja di sini. Tetapi ada lagi proses yang seterusnya.
Kerja di sini memang teruk. Kadang-kadang kerja teruk mengalahkan lembu. Kadang-kadang teruk disebabkan cuaca yang terlalu panas (summer) dan terlalu sejuk (winter), kadang-kadang disebabkan masa. Tetapi kalau sudah nekad, datanglah sebab ramai rakyat Malaysia yang berjaya di sini. Dapat gaji besar pun ramai juga. InshaAllah dengan niat yang baik, rajin, tak banyak mengeluh, boleh berjaya di sini.
Sekadar berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, saya sudah dua tahun lebih menetap di sini. Tak semuanya indah tetapi 90% inshaAllah okay.