Tidak seperti kelaziman, Pemuda Umno Cawangan Bongor Batu 48 hari ini memilih Sungai Ketil di sini sebagai lokasi mesyuarat agungnya bagi mendapatkan rasa dingin semulajadi daripada aliran sungai dan pokok-pokok di sekitarnya, berikutan bahang fenomena El Nino yang melanda negara sekarang.
Cuaca panas dan kering El Nino, yang menyebabkan suhu melebihi 37 darjah celsius di Kedah, membuatkan beberapa anggota pergerakan itu menyarankan supaya mesyuarat agung itu dilakukan di sungai itu demi keselesaan mereka.
Selain itu, mereka mahukan kelainan dalam mengadakan mesyuarat agung kali ini, kata Ketua Pemudanya Mohd Noor Amin selepas merasmikan mesyuarat itu.
"Lagi pun, paras air Sungai Ketil ketika ini cetek dan selamat...akhirnya, kami selamat mengadakan mesyuarat dalam sungai ini," katanya.
Dengan meletakkan tiga buah meja dan berpuluh-puluh buah kerusi di dalam sungai itu yang paras airnya setakat buku lali, mesyuarat yang dihadiri 70 anggota pergerakan itu berlangsung dengan lancar.
Para penduduk Kampung Bongor juga tertarik dengan senario mesyuarat Pemuda Umno itu di Sungai Ketil kerana belum pernah dilakukan sebelum ini.
Semalam, semua sekolah di Kedah diarah tutup ekoran cuaca panas melampau.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di Kedah melebihi 37 darjah Celsius lebih daripada 72 jam akibat cuaca panas dan kering El Nino.