'Mahathir Guna Media Yahudi Untuk Jatuhkan Mahathir' - Tajuddin

Tun Dr Mahathir Mohamad rela bersubahat dengan media antarabangsa yang dikawal Yahudi demi kempennya menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, kata seorang pemimpin Umno.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, anggota Majlis Tertinggi Umno, mendakwa orang Yahudi tidak suka pencapaian negara ini.

“Agenda Mahathir mahu menjatuhkan Najib dan mereka yang dekat dengannya. Saya dimaklumkan beliau menggunakan media asing. Anda tahulah, sebilangan media (asing) dikuasai oleh Yahudi,” kata timbalan menteri itu di luar sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Yahudi tidak suka dengan apa yang kita telah capai di negara ini. Ia mungkin Yahudi, atau sesiapa sahaja yang menentang (negara) kita.”

Tajuddin, wakil rakyat Pasir Salak, bagaimanapun tidak merujuk mana-mana media secara khusus.
Previous Post Next Post

Contact Form