'Minta Maaf, Hanya Salah Faham Sahaja...'

Susulan fitnah yang mendakwa wang simpanan berjumlah RM30,000 dalam akaun Tabung Haji digunakan untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seorang lelaki telah tampil membuat permohonan maaf, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Haji Rodzi itu membuat membuat permohonan maaf secara ringkas pada jam 11.13 pagi.

"Saya Ahmad Rodzi minta maaf kerana salah faham dan melibatkan Tabung Haji dan PTPTPN. Tabung Haji tidak melakukan apa-apa tindakan. Semuanya hanyalah salah faham. Segalanya sudah selesai. Mohon tidak viralkan lagi masalah ini," tulis lelaki itu menerusi kemaskini status Facebook.

Semalam, Tabung Haji dan PTPTN menafikan dakwaan Ahmad Rodzi itu sehingga menyebabkan mereka menerima banyak pertanyaan dari pelanggan mereka.
Previous Post Next Post

Contact Form