Dari malam tadi, bambam tak sihat. Tiba-tiba panas badan. Malam tadi, bagi ubat bontot dengan air asam jawa untuk sejukkan badan, tetapi masih juga tak ada perubahan. Saya ak lena tidur sebab nak tengok-tengok dan risau kalau panas badan si kecil ini kembali naik mendadak.
Pagi tadi pun masih panas badannya. Bagi sirap paracetamol dos kanak-kanak, masih begitu juga keadaannya. Dah lebih 4 jam badan dia masih panas, saya bagi ubat bontot tetapi kurangkan dos ubat itu, pun masih sama juga. Si kecil langsung tiada selera makan, minum pun sikit sahaja.
Saya memang sentiasa update si ayah tentang anak kesayangannya ini. Last-last suami tag saya tentang petua rawat demam guna telur rebus. Okay, saya memang nak follow sebab dha tak sanggup tengok bambam yang dah semakin lembik sangat.
Jadi, saya ikut saja apa yang suami beritahu. Boleh rujuk gambar yang saya sertakan.
Hasilnya? Sedikit mengejutkan! Tiada siapa yang boleh menafikan kuasa Allah. Dua tiga kali golek telur rebus di seluruh badan dan kepala, Alhamdulillah anak dah kembali sihat dengan izin Allah.
Kita hanya berikhtiar, terima kasih kepada empunya petua dan sayang ketat-ketat pada encik suami sebab kongsi petua yang ajaib ini.
Nak tahu apa yang terjadi, tengok gambar-gambar yang saya sertakan ya. Saya rebus dua biji telur. Rebus semasak-masaknya. Tak mahu lembik sangat, nanti tak nampak kesan kat telur kuning.
Bambam yang lemah pagi tadi. Jarang nak tengok dia tidur selepas bangun pagi seperti biasa. Kain basah pun dah letak di atas kepalanya.
Telur yang sudah direbus dan dikupas kulitnya. Putih bersih dan nampak seperti telur rebus yang biasa kita makan.
Bungkuskan telur rebus itu di dalam kain lampin bersih buat seperti bunjut.
Mohon jangan terasa geli. Hasil golekkan pertama di seluruh badan termasuk kepala bambam, dalam setengah jam, inilah hasilnya. Nak kopek telur itu kena perlahan-lahan untuk melihat hasilnya. Geli... menggerutu!
Golekkan kedua dah kurang hasilnya. Gerutu pun semakin kurang dan ajaibnya kuasa Allah, badan bambam dah tak panas. Malas sejuk-sejuk gitu. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Sekarang, bambam dah boleh bermain tabnya semula. Tetapi itulah, makan nak mamee pula. Sempat beberapa suap saja nasi. Tak apalah, janji ada makanan yang masuk ke dalam perut sebab dari pagi tak ada pun membuka seleranya. Memang terbaiklah petua telur rebus ini. - Bini Redza