Berebut Tudung Fareeda: 'Yang Penting Tiada Insiden Tidak Diingini Berlaku' - Mawar

Nampaknya video orang ramai bersesak-sesak di hadapan sebuah butik terkemuka beberapa hari yang lalu terus menjadi kritikan netizen. Video yang dimuat naik di page rasmi jenama tudung berkenaan menerima pelbagai komen.

Namun apa yang membuatkan netizen bertambah ‘geram’ apabila melihat komen yang dibalas page terbabit. Kata mereka sudah lah video tersebut tak dipadam malah membalas komen dengan cara yang tidak sepatutnya.


Difahamkan, ini bukan pertama kali dia melayan 'peminat' tudung Fareeda dengan cara yang tidak profesional. Tidak hairanlah Wardina melabelkan mereka melayan pelanggan seperti lembu atau kambing.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian, Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim, berkata, pada awalnya mereka hanya menjangkakan hanya 1,000 pelanggan yang datang. Pengedaran tiket mula diagihkan dari jam3.30 petang sehingga jam 4.30 petang dan 1,500 tiket telah habis diedarkan.

Sambutan yang hangat itu telah memaksa pihaknya mengeluarkan lebih 500 lagi tiket untuk diagihkan dan habis dalam tempoh hampir 3 jam.

Mengulas mengenai insiden pelanggannya tolak menolak dan berhimpit tanpa mengira batasan lelaki dan perempuan, Mawar berkata, apa yang penting ialah tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

"Yang lebih penting, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku walaupun berlaku tolak menolak. Segalanya berjaya dikawal oleh anggota Rela bersama pihak pengurusan," katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form