"Saya mahu dia datang ke Terengganu tiap-tiap tahun," demikian luah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Hasrat itu diluahkan semasa kunjungan Dr Zakir ke kediaman rasmi menteri besar di Seri Iman, petang ini.
Dalam pada yang sama, Ahmad Razif turut menyuarakan kesanggupan kerajaan negeri membina cawangan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) di Pulau Serindit, Tasik Kenyir.
Beliau berkata, sekiranya hasrat berkenaan dapat direalisasikan, ia sekaligus dapat membantu mengembangkan lagi usaha dakwah yang dilakukan oleh Dr Zakir.
Terdahulu pada sebelah pagi, Ahmad Razif dan Dr Zakir dibawa mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Pada malam ini Dr Zakir dijangka akan memberikan syarahan yang terakhir sempena 'Dr Zakir Naik Terengganu Tour' bertempat di Padang Astaka, Kemaman pada jam 8.30 malam dengan tajuk “Muslim’ Choice – Da’wah or Destruction.”