Seorang remaja berusia lingkungan 20-an cedera dibelasah orang awam di kawasan Perumahan PPR Hiliran Kuala Terengganu, hari ini.
Lapor laman Wartawan Jalanan, remaja lelaki dikatakan telah mencuri di salah satu blok perumahan terbabit sebelum ditahan dan dibelasah sekumpulan penduduk.
Siasatan awal mendapati, remaja terbabit telah dikejar dan dipukul di pasar raya berdekatan sebelum ini kerana didakwa mencuri di mana dia telah membawa mengambil barang dan keluar tanpa membuat pembayaran.
Bagaimanapun, setelah ditegur oleh kakitangan pasar raya, remaja itu membuat pembayaran dan keluar.
Ekoran polisi pasar raya tidak membekalkan plastik pada setiap hari Sabtu, remaja itu disangka mencuri.
"Mereka menuduh remaja itu mencuri. Tidak puas hati dengan penafian, mereka membelasahnya. Bagaimanapun mangsa berjaya meloloskan diri ke flat PPR yang berdekatan dengan pasar raya tersebut," kata sumber.