Satu demi satu pemain Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad kebangsaan negara. Terkini adalah Amirul Hadi Zainal yang baharu sahaja mengumumkan keputusannya itu menerusi laman web johorsoutherntigers.com.my sebentar tadi.
Ini menjadikan empat pemain JDT tidak mahu lagi bermain untuk Malaysia di peringkat antarabangsa sebaliknya hanya akan menumpukan perhatian kepada aksi di peringkat kelab profesional sahaja.
Keputusan Amirul Hadi, 30, yang merupakan anak kepada bekas pemain Selangor, Zainal Nordin itu sekaligus mengikut jejak Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim dan S. Kunanlan. Kunanlan turut mengumumkan persaraannya pagi ini manakala Aidil dan Safiq, kelmarin.
“Assalamualaikum.. Terima kasih kepada penyokong dan semua yang terlibat atas sokongan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan terutama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. Cukup sampai di sini sahaja yang mampu saya berikan kepada skuad kebangsaan. Keputusan ini membolehkan saya memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan misi skuad kebangsaan,” coret Amirul Hadi dalam laman web rasmi JDT pada pukul 12.19 tengahari tadi.