(12 Gambar & Video) Kereta Api Berlanggar, 20 Maut, Berpuluh Cedera

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di selatan Itali, hari ini.

Menurut polis, kemalangan itu berlaku di landasan tengah, di utara bandar Bari, kawasan pedalaman Itali, di antara bandar Corato dan Andria.

Gambar yang diambil dari udara menunjukkan gerabak kereta api pecah dan hancur dengan serpihan berselerak di kiri dan kanan landasan.

"Kami sedang bekerjasama dengan puluhan pasukan penyelamat untuk membuka gerabak," kata jurucakap bomba, Luca Cari, dengan mendakwa mereka berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki.

Katanya, kerja menyelamat menjadi sukar kerana ia berlaku di tengah-tengah kawasan pedalaman. Kemalangan itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan di wilayah Puglia. Setakat ini, punca sebenar kemalangan masih belum diketahui.



Previous Post Next Post

Contact Form