Kadar Bayaran Tol LPT2 Mulai 15 Jun 2016

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) akan bermula pada jam 12.01 pagi 15 Julai ini (Jumaat).

Pihak kerajaan telah bersetuju kutipan tol dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri untuk mengambil kira kepentingan rakyat.

LPT 2 mula beroperasi sepenuhnya pada 31 Januari 2015 dan ia diuruskan oleh LPT 2 Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad). Syarikat tersebut bertanggung-jawab untuk melaksanakan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuhraya pantai timur tersebut.

Di bawah ialah sedikit fakta mengenai LPT 2.

  • Beroperasi sepenuhnya pada 31 Januari 2015
  • Lebuhraya itu ialah sepanjang 184 km (dari Jabor, Pahang hingga ke Kampung Gemuroh, Trengganu)
  • LPT 2 ialah lebuhraya 4 lorong 2 hala
  • Ia mempunyai 10 persimpangan bertingkat
  • Ia mempunyai 3 kawasan rehat dan rawat (R&R)
  • Ia mempunyai 2 hentian sebelah
  • LPT 1 tidak berada di bawah operasi syarikat yang sama. LPT 1 berada di bawah syarikat ANIH Berhad

LPT 2 akan menggunakan sistem tol tertutup, sama seperti lebuhraya PLUS dan LPT 1 di mana kadar tol ialah berdasarkan jarak perjalanan.

Terdapat 10 plaza tol di sepanjang laluan lebuhraya LPT 2.

  1. Plaza Tol Cheneh
  2. Plaza Tol Chukai
  3. Plaza Tol Kijal
  4. Plaza Tol Kerteh
  5. Plaza Tol Paka
  6. Plaza Tol Kuala Dungun
  7. Plaza Tol Bukit Besi
  8. Plaza Tol Ajil
  9. Plaza Tol Telemong
  10. Plaza Tol Kuala Trengganu

Kadar tol permulaan LPT 2 ialah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta). Ini bermakna bagi perjalanan dari Plaza Tol Kuala Trengganu ke Plaza Tol Cheneh, kos tol ialah RM19.70.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia di 1800 88 7752.

Previous Post Next Post

Contact Form