Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sedang dipertimbang untuk dimansuhkan selepas Kerajaan mengambil kira rungutan peniaga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kajian sedang dilakukan kementeriannya melibatkan mereka yang berkepentingan.
“Ia bagi memastikan akta itu tidak disalah guna,” kata Hamzah yang dipetik daripada The Star, hari ini.
Katanya, permintaan supaya akta itu dimansuhkan dibuat Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.
“Menurut ACCCIM, akta itu tidak memberikan keyakinan kepada pelabur menjalankan perniagaan mereka di negara ini.
“Peniaga juga mengadu mereka perlu diberi kebebasan menetapkan harga dalam suasana pasaran terbuka,” katanya.
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bertujuan memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga terutama di awal pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa pada April 2015.