Kepuasan dalam hubungan seks kini dapat dipertingkatkan apabila faraj mampu diketatkan dalam tempoh 30 minit.
Pengasas Pusat Perubatan Dr Alice berkata faraj longgar berlaku akibat proses kelahiran iaitu tisu introital (pembukaan) faraj boleh menjadi terlalu renggang.
“Akibat kerosakan tisu ini, wanita akan hilang sensasi fizikal dan mengalami ketidakpuasan seks. Ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seks dan kualiti hidup mereka.
“Antara yang berisiko adalah wanita melahirkan ramai anak, wanita hamil, wanita lanjut usia, wanita yang mempunyai sejarah kecederaan lampau, kelahiran berulang dan sebagainya,” kata Dr Alice Prethima seperti dilaporkan Harian Metro.
Dr Alice, yang juga pengarah pakar di pusat perubatan itu, ditemui semasa majlis pelancaran rawatan memperbaiki kelonggaran faraj pertama di Malaysia.
Viveve sejenis jenama produk rawatan tanpa bedah berasaskan tenaga bagi memulihkan tisu serta mengetatkan faraj tanpa menggunakan ubat bius.
Rawatan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit itu sesuai untuk wanita berusia dan aktif seks terutama yang melahirkan anak melalui kaedah normal.
Tenaga frekuensi radio yang dipatenkan merangsang proses pembinaan semula kolagen semula jadi badan.