Dua lelaki bersenjatakan sebilah parang nekad menyamun wang tunai RM750,000 dari kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Setapak petang tadi.
Kejadian pada kira-kira jam 5.45 petang itu, kedua-dua suspek terbabit meluru masuk ke kaunter Bahagian Hasil dan mengugut kakitangan untuk menyerahkan wang.
Difahamkan semasa kejadian berlaku, terdapat beberapa kakitangan dan anggota RELA berada dalam pejabat Bahagian Hasil menunggu van syarikat keselamatan tiba untuk memungut kutipan hasil urusan JPJ sepanjang hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya pembabitan 'orang dalam' dalam kes berkenaan.
"Ini adalah kerana berdasarkan siasatan awal, kita melihat kejadian ini samun ini berlaku dalam keadaan yang mudah.
"Bagaimanapun siasatan terperinci masih dibuat selain merakam percakapan saksi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Katanya, tiada individu yang dicederakan dalam kejadian itu.