'Tersingkir Dengan Cara Begini, Sangat Kejam' - Riana AF2016

Pelajar AF2016, Riana terkilan tidak dapat meneruskan persembahan kerana disingkirkan sebelum konsert kelima bermula.

“Tipulah kalau saya tidak terkilan kerana saya memang sudah bersedia mahu membuat persembahan minggu ini.

“Lagipun menurut tenaga pengajar, saya banyak menunjukkan perubahan positif dari minggu ke minggu dan apabila nama saya disebut pada awal program sebagai pelajar tersingkir, saya kecewa.

“Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya.

“Saya tak marah dengan mereka yang masih kekal, cuma saya tertanya-tanya kena kenapa tak buat penyingkiran selepas persembahan.

“Sebab cikgu-cikgu pun banyak habiskan tenaga untuk ajar kami. Tapi nak buat macam mana, tak apalah rezeki saya sampai sini saja,” katanya.

Dalam pada itu, Riana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia tidak serius sewaktu sesi pembelajaran di akademi.

“Sebenarnya saya suka bergurau dengan kawan-kawan tapi tak tahulah kalau gurauan itu dah disalah ertikan oleh penonton di luar sana.

“Mungkin mereka nampak saya macam main-main tapi sebenarnya segala ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar memang saya ambil serius.

“Saya pun tahu peluang sebegini tak hanya datang sekali jadi tak mungkinlah saya nak sia-siakan begitu saja,” jelasnya.

Riana dijadualkan untuk membuat persembahan dengan lagu Terasing nyanyian asal Allahyarham Sudirman namun tidak kesampaian kerana tersingkir di awal konsert.
Previous Post Next Post

Contact Form