Abang, Sedapnya Semalam...

Kamal sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi, isterinya dari tadi mengelamun mengingatkan tentang peristiwa yang terindah pernah dia alami bersama suaminya pada malam tadi sejak 3 tahun perkahwinan mereka. Baru hari ini pernah di alami olehnya.

“Sayang !” Kamal memanggil isterinya dengan nada yang sedikit tinggi kerana isterinya mengelamun terlalu jauh sehingga 4 kali panggilan tidak di sahut olehnya.

“Ya abang. Kenapa abang marah?” Suraya sedikit terkilan kerana di panggil dengan nada yang tinggi. Sudah menjadi lumrah, seorang wanita yang hatinya mudah terluka dek di kasari walaupun di panggil dengan nada yang sedikit tinggi.

“Abang panggil sayang, sayang buat tak tahu je. ” Suaminya menerangkan kejadian yang terjadi sebentar tadi.

“Sayang kenapa? Okay tak?” Soal suaminya.

“Okay je.” Senyum terukir di bibir isterinya.

“Abang balik kerja lewat ke hari ni?” Tanya isterinya

Berkerut dahi suaminya buat sementara waktu dengan soalan isterinya, “Macam biasalah yang. Keluar pukul 5.30 petang. Dengan jem lagi, paling tidak pun sampai dalam pukul 7 malam jugaklah. Ada apa?”

“Ala, lambatnya bang.” Isterinya sedikit kecewa. Kalau boleh dia ingin suaminya sentiasa berada di sisi. Entah kenapa itu perasaan dia pada hari ini. Selalunya tidak pernah begitu prihatin terhadap kewujudan suaminya di rumah.

“Apa yang lambatnya awak ni. Selalu tak kesah pun pukul berapa abang balik. Kenapa tiba-tiba pula nak ‘lambat-lambat’ pula”. Sengaja Kamal mempersoalkan isterinya. Dia tahu, isterinya dapat merasa satu kelainan yang ada pada dirinya pada malam jumaat semalam.

“Semalam abang buat apa balik lambat? Makan dengan siapa?”. Teringat akan Suraya tentang peristiwa semalam, suaminya pulang agak lewat kerana ada temu janji bersama seorang rakan katanya. Timbul juga sedikit perasaan cemburunya dalam lubuk hati. Di khuatiri suaminya telah ada perempuan simpanan secara diam-diam.

Kamal tidak terus menjawab soalan yang di tujukan oleh isterinya, dia sedang mengemas kertas-kertas kerja yang perlu di bawa bersama untuk ke pejabat sebentar nanti.

“Sayang, mana beg abang ya? Ada nampak tak? Semalam abang letak dekat atas meja ni” Kamal menunjukkan arah meja itu terhadap isterinya, Suraya.

Suraya teringat, malam tu dia ada cuba untuk menyelongkar beg suaminya untuk mencari apa yang di bawa pulang oleh suaminya sehingga memberikan dia nikmat yang tidak pernah di alaminya semenjak malam pertama perkahwinan.

“Yaya.” Panggilan manja yang pernah di panggil suaminya ketika zaman bercinta di Universiti sebelum ini, tiba-tiba di seru kembali.

Suraya tersedar dari lamunannya. “err, err. Manalah sayang tahu. Abang letak dekat bawah kot?” Padahal memang sebenarnya dia yang letak di bawah, sehingga terlupa untuk kembalikan beg tersebut ke tempat asal.

Kamal meninggalkan isterinya di bilik, mencari begnya di tingkat bawah.

“Sayang ABC tak hari ni?” Suraya teringat kembali, dialog dia bersama suaminya malam semalam.

“Tak nak lah, sejuk malam-malam ni.”

“Apa yang sejuknya sayang?”

“Ya lah, abang ajak makan ABC waktu malam-malam macam ni. Abang tak sejuk ke nanti?”

“Bukan abang ajak makan ABC lah sayang, abang tanya, sayang cuti tak hari ni? ABC?”

“Oh, ngee.” Malu Suraya. Tabiatnya yang sentiasa kurang perhatian dalam pendengaran semakin menjadi-jadi.

“Tak cuti pun abang. Ada apa abang ni. Nampak awek cantik la tu keluar tadi tu” Muncung bibirnya. Perasaan iri hati terlalu kuat dalam diri Suraya.

“Eh, mana adalah sayang. Abang jumpa kawan lelakilah tadi.” Kamal menerangkan situasi yang sebenar. Situasi yang lebih sebenar, orang yang di jumpainya malam itu bukanlah pangkat seorang ‘kawan’ pun. Orang yang di jumpainya adalah seorang penjual ubat. Ubat kuat batin.

“Ye lah tu” Malas si Suraya melayan kerenah suaminya itu.

“Abang tak nak makan dulu ke, sayang baru masak untuk kita makan malam. Panas lagi tu” Sengaja Suraya melengahkan waktu untuk mereka bersama. Sudah menjadi satu kebiasaan, mereka bersama tidak sampai 5 minit pun, melainkan kalau tidur.

“Ala sayang, abang pun tengah ‘panas’ ni. Kalau sejuk dah tak sedap” Kamal menggatal dengan isterinya. Dia tidak sabar untuk mencuba produk yang baru dibelinya sebentar tadi.

“Tak eloklah abang, biar makanan tu sejuk. Nanti abang tak nak makan pula, lepas tu ajak keluar makan. Makanan yang sayang masak ni, terus buang bagi kucing makan je. Selalu macam tu.” Suraya membebel. Sengaja dia cuba mengelak daripada ajakan suaminya.

Kamal cuba untuk menerima bebelan isterinya. Dia cuba untuk bertenang menghadapi situasi ini. Namun, impiannya untuk bersama dengan isterinya, kali ini akan tercapai. Dia begitu yakin sekali.

“Okay sayang. Okay. Jom kita makan dulu ya. Tapi kita makan guna satu pingganlah. Biar abang suapkan sayang. naa sayang?” Kamal cuba untuk mewujudkan bait-bait cinta yang telah lama di tinggalkannya sejak perkahwinan mereka. Baru hari ini, dia wujudkan kembali saat manis dia bercinta dengan Suraya ketika study sama-sama di Australia.

Bertambah meluat Suraya mendengar ajakan sebegitu oleh suaminya. ‘Ni apa mimpi laki aku ni. Buang tabiat apa’ Suraya bercakap dengan diri sendiri.

“Sayang kenyanglah abang. Abang makanlah dulu, lagi pun dah lambat dah ni Maghrib dah masuk waktu bang. ” Mencari alasan, memang antara kepakaran Suraya.

“Kalau macam tu, awak pergilah solat dulu, nanti habis makan awak tunggu saya dalam bilik ye sayang?” Kamal kenyit matanya pada Suraya. Kenakalannya melanda.

***************************************

Kamal baru habis bersarapan dan terus mencapai beg dan kunci kereta untuk ke pejabat. Kelihatan, kelibat Suraya menuruni anak tangga dengan perlahan.

Kamal bau sesuatu yang harum sekali. Dia pandang ke arah Suraya, “Hai, wanginya sayang. Nak ke mana?”

“Abang nak pergi dah? Nak sayang sikit” Suraya memberi pelukan kasih sayang pada suaminya.

“Sayang nak pergi mana ni?” Kamal masih keliru akan tujuan isterinya memakai bauan yang harum. Selalunya, Suraya hanya memakai ketika keluar untuk berjumpa dengan orang-orang yang penting ataupun ketika keluar shopping.

“Nak temankan abang pergi kerja lah” Suraya senyum.

“Ye ke? Eleh, ini mesti nak bodek nak suruh bagi duit ni. Tak pernah pun awak buat macam ni” Kamal sengaja menguji isterinya.

“alaah abang ni. Sayang nak bermanja sikit pun tak boleh” Suraya merajuk. Sengaja inginkan pujukan suaminya.

“hehe, alaa merajuk pula sayang abang ni. Malam ni kita manja lagi boleh?”

Suraya tersenyum mendengar ajakan suaminya itu.

“Macam boleh je, macam boleh je. hehe” Keriangan tidak terhingga dalam hati Suraya. Tidak sabar untuk tunggu suaminya pulang.

“Abang. . . ” Suraya datang dekat pada Kamal. Dia cuba berbisik pada suaminya itu.

“Abang. . sedapnya semalam. Sayang rasa bahagia betul hari ni.” Suraya meletakkan kepala di dada suaminya yang tercinta.

Kamal gembira mendengar luahan hati isterinya. Tidak pernah dia mendengar isterinya memberi pujian sebegitu sekali. Kamal memberi kucupan pada kepala isterinya, lalu berkata “terima kasih sayang”

“Terima kasih juga abang”
Previous Post Next Post

Contact Form