Warga emas yang dikenali sebagai Jiji, berasal dari Jepun ini berusia 94 tahun. Sejak perang berakhir 64 tahun lalu dunianya banyak di tempat kerja.
Namun pada tahun 2009 dia dimasukkan ke hospital kerana sakit dan sejak itu dia tidak lagi dapat bekerja. Keadaan itu bagaimanapun sangat menyedihkan Jiji dan turut mengubah sikapnya.
Dia jadi mudah marah dan lebih senang mengurungkan diri di rumah. Semua perubahan ini diperhatikan oleh cucunya Akiko seorang jurugambar yang turut tinggal bersamanya.
Pada ketika inilah beliau mengambil keputusan untuk memelihara Kinako seekor kucing yang cukup manja.
Menakjubkan, Jiji dan Kinako cukup serasi. Siapa sangka kucing manja ini berjaya mencairkan hati Jiji yang sebelum ini pemarah lantas menjadi teman baik yang sentiasa bersama warga emas ini ke mana saja.
Cucunya, Akiko merakam keakraban kedua-duanya dan foto-foto yang dikongsi menyentuh hati netizen.