Datuk Seri Vida Bercerai?

Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida mengakui beliau dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin kini dalam proses penceraian.

Dr. Vida berkata, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai punca dan perkara yang menyebabkan mereka suami isteri berbuat demikian.

Katanya, dia meminta supaya peminat memberikan sedikit ruang kepadanya buat sementara waktu.

"Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan keadaan.

"Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua," katanya.

Sebelum ini, tersebar khabar angin mengatakan mahligai cinta pengasas produk Vida Beauty itu mula bergoncang sejak dua minggu lalu.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga merupakan perkahwinan ketiga jutawan kosmetik berkenaan.
Previous Post Next Post

Contact Form