Dazrin Kamarudin Nikah Pramugari 6 Mei Depan

Pelakon Dazrin Kamarudin dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya iaitu Nur Fazulin Razali pada 6 Mei depan.

Memetik laporan mStar online, Dazrin berkata, pernikahannya akan berlangsung di Hotel Legacy Melaka manakala majlis persandingan dijangka diadakan pada Julai.

Menurut pelakon Love You Mr. Arang ini, dia berkenalan dengan bakal isterinya yang juga seorang Keua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi itu hampir dua tahun lalu.

Katanya, mereka mula berhubungan menerusi aplikasi Smule kerana masing-masing minat menyanyi sebelum hubungan itu bertambah akrab.

Kata Dazrin lagi, dia selesa dengan Zulin kerana wanita itu seorang yang sederhana dan mempunyai ciri-ciri idamannya.

"Zulin juga sangat bijak dalam mengatur jadual memandangkan kami masing-masing sibuk dengan tugas seharian.

"Pengalamannya sebagai pramugari membuatkan dia teliti berhubung jadual selain sikapnya yang sederhana menambat hati saya," jelasnya.

Sementara itu, Dazrin berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tentang kisah peribadinya sebaliknya enggan menghebohkan perkara yang belum pasti kepada umum.
Previous Post Next Post

Contact Form