Faye Kusairi & Azmi Hatta Mohon Doa Peminat

Tentu ada yang masih ingat kontroversi hangat rumah tangga Elly Mazlein yang turut mengaitkan nama Faye Kusairi sebagai orang ketiga. Jujur kami katakan, sejak beberapa hari lepas ada yang menerima baik berita pernikahan Faye bersama Azmi Hatta dan ada yang sebaliknya. Faye sedar dengan pelbagai reaksi masyarakat terhadap perkahwinannya itu.

Walaubagaimanapun, beliau dan suami masih memohon doa yang baik-baik daripada peminat untuk rumah tangganya.

Suami berpesan doakanlah yang baik-baik untuk kami sekeluarga dan terima kasih. Pada masa yang sama saya sebagai isteri akan bekerja seperti biasa. Manakala tentang batas ketika berlakon suami saya ada pesan juga seperti mana suami lain pesan kepada isterinya.

Mengenai bulan madu tu kami memang tak ada perancangan lagi sebab suami pun sibuk dengan kerja untuk drama yang akan keluar pada bulan Ramadan nanti. Dan saya pun sibuk dengan persiapan untuk berlumba (race) juga.



Sudah jodoh mereka untuk bergelar suami dan isteri. Apa yang berlaku pada masa lalu biarkan ia menjadi kenangan dan doakan sahaja agar rumah tangga Faye dan Azmi dapat berkekalan sehingga ke jannah.
Previous Post Next Post

Contact Form