'Wafiq Kerap Minta Maaf, Mahu Masuk Syurga' - Bapa

Seremban - Sikap pelik anak yang kerap minta maaf dan menyatakan hasrat hendak masuk syurga merupakan petanda bahawa dia akan pergi selamanya.

Itulah yang diberitahu oleh ayah, Muhammad Wafiq Fitri, 7, yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 271.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini, petang semalam.

Bapanya, Walilah Abd Karim,40, berkata sejak seminggu lalu arwah anaknya kerap minta maaf dia dan ibunya.

"Kami tidak sangka perangai pelik itu merupakan petanda awal dia nak pergi tinggalkan kami semua.

"Selain kerap minta maaf dia juga rajin membantu isteri dan neneknya membuat kerja rumah kerana berpendapat perbuatan itu dapat membantunya masuk syurga," katanya yang turut mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Dia ditemui di perkarangan bilik mayat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 6.10 petang itu, Muhammad Wafiq maut di tempat kejadian, manakala adik perempuan berusia dua tahun dan abangnya berusia 11 tahun, mengalami kecederaan dalaman, selain ibunya patah beberapa tulang rusuk.

Kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan tiga kereta itu, berlaku kira- kira jam 6.10 petang.

Timbalan Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Safie, berkata mangsa lelaki yang berusia tujuh tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga yang lain cedera.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu oleh pemandu, Ahmad Fadzil Hashim, 62, hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta jenis Toyota Estima di hadapannya yang ketika itu bergerak perlahan, sebelum merempuh kereta jenis Honda yang dinaiki mangsa.
Previous Post Next Post

Contact Form