Wanita Bakar Kereta, Rumah Bekas Suami Serah Diri

Kota Bharu - Wanita dikenali Nur Atirah, 27, yang diburu polis bagi membantu siasatan kes membakar rumah dan kereta milik bekas suami awal bulan lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, semalam.

Dia sebelum ini dikatakan bersembunyi di luar Kelantan menyerah diri jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, wanita terbabit ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Kita menahannya selepas dia datang menyerah diri di IPD dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya di sini hari ini.

Harian Metro pada 16 Mac lalu melaporkan Nur Atirah disyaki terbabit dalam perbuatan khianat dengan membakar kereta dan rumah milik bekas suami serta mentua dalam dua kejadian berasingan di Telipot dan Kubang Kerian, di sini.

Kes pertama membabitkan kebakaran kecil di rumah bekas suami di Telipot manakala kes kedua membabitkan Toyota Wish yang diletakkan di hadapan rumah bekas mentuanya di Kubang Kerian.
Previous Post Next Post

Contact Form