AS-Arab Saudi Meterai Perjanjian Senjata AS$110b

Riyadh - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, semalam berkata perjanjian penjualan senjata bernilai AS$110 bilion (RM475 bilion) yang dimeterai dengan Arab Saudi bertujuan membantu negara itu memerangi 'pengaruh jahat Iran.'

"Pakej peralatan pertahanan dan perkhidmatan membantu keselamatan jangka panjang Arab Saudi dan seluruh rantau Teluk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di sini, lokasi persinggahan pertama Presiden Donald Trump dalam lawatan sulung ke luar negara sejak mengambil alih pentadbiran.

Tillerson berkata, ini 'terutamanya bagi berhadapan pengaruh Iran dan ancaman berkaitan negara itu yang wujud di sempadan Arab Saudi dari semua arah.
Previous Post Next Post

Contact Form