Kekecohan David Teo yang ditampar oleh Mat Over kerana bersikap kurang ajar dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi pengarah filem terkenal Mamat Khalid.
Mengakui David memang lantang dalam bersuara, Mamat menyifatkan cara David bercakap di hadapan Perdana Menteri itu tidak beradab. Kali ini, pemilik syarikat MIG itu sudah melampaui batas.
Pada masa yang sama, Mamat yang mengenali pelawak Mat Over secara peribadi tidak jangka beliau akan bertindak sedemikian terhadap David. Ini kerana beliau bukanlah seorang yang panas baran dan bersopan santun.
Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang. Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya.
Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini. Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.
Pada pendapat Mamat, insiden memalukan ini tidak akan menjejaskan imej artis mahupun industri hiburan. Ia lebih kepada sesuatu perkara peribadi.
David bukannya mewakili seluruh industri yang membolehkan orang luar menunding jari dan memandang serong pada industri. Pada saya, dia hanyalah satu individu yang memegang tampuk empayar perfileman yang miliknya sendiri dengan caranya sendiri, tiada kena-mengena dengan industri perfileman negara. Dia adalah entitinya sendiri.
Dalam perbincangan secara terbuka ini, pasti akan timbul pelbagai isu yang mungkin ada kalanya mengundang rasa tidak puas hati di dalam hati. Iyalah, semua orang mempunyai pendapat berbeza. Namun, semua pihak haruslah bersikap lebih matang agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
1. (Video) David Teo Ditampar Mat Over Ketika Live Bersama PM
2. (Video) Mat Over, David Teo Berdamai
3. 'Saya Tampar Kerana Dia Tidak Hormat PM' - Mat Over
4. 'Dia Ingat Budak Production Agaknya' - Mamat Khalid