(Video) Tinggal Di UK Tapi Loghat Kelantan Pekat, Celoteh Fatimah Jadi Perhatian

Sejak minggu lalu video kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipanggil Fatimah ini menjadi perhatian netizen terutama di laman instagram.

Mana tidaknya dengan rupa anak mat salleh, tinggal di United Kingdom (UK) tapi bila berceloteh yang keluar adalah loghat Kelantan dan boleh tahan pekatnya.

Mula mendapat perhatian selepas video dia meluahkan rasa stres tular di media sosial sejak itu, akaun instagram @thefamily.uk yang dikendalikan oleh ibu bapanya mula diikuti ramai. Setakat ini akaun tersebut telah mempunyai lebih 79 ribu pengikutnya.

Banyak memaparkan aksi Fatimah selain dua lagi adik beradiknya, keletah Fatimah yang selamba berkata-kata itu menyebabkan untuk satu-satu video aksinya mendapat puluhan ribu tontonan.

Jom kita layan keletahnya dalam aksi yang dipetik daripada akaun instagram @thefamily.uk.

Fatimah stres



Eight belas



Jom buat cekodok



Buat perangai lagi



Mummy royat tu

Previous Post Next Post

Contact Form