Guru Meninggal Dunia Ketika Sambutan Hari Guru

Pasir Mas - Seorang guru wanita meninggal dunia selepas mengalami serangan sakit jantung ketika sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1 (SKOT 1), Tendong dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, mangsa Nai Zura Mahamad, 44, dikatakan tiba-tiba rebah di atas kerusi selepas membuat persembahan dikir barat bersama guru-guru lain dalam acara diaturkan oleh sekolah itu.

Guru Besar SKOT 1, Zulhadi Mahamad ketika ditemui berkata, kejadian itu telah mengejutkan lebih 700 warga sekolah tersebut termasuk guru, murid dan kakitangan yang sedang teruja meraikan sambutan itu.

Katanya, Nai Zura yang mengajar subjek Bahasa Melayu berkhidmat selama 17 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang berdedikasi dan baik.

"Arwah berasal dari Kampung Alor Durian, Pasir Mas dan mempunyai empat orang anak.

"Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perangkap selepas solat Asar," katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form