'Tak Payah Sibuk Dosa Orang lain, Cermin Diri Sendiri Dulu'


Tampil sebagai isteri kepada Hafiz Hamidun bukanlah mudah buat Joy Revfa, ada saja mata yang perhati. Biarpun Joy nampak seperti wanita biasa yang lain, ada juga yang tidak senang dengannya, sampaikan gaya senyuman juga dipersoalkan.

Menerusi Facebook, Joy meluahkan rasa terkilannya.


Joy yang pada asalnya memang sudah bertudung namun di mata peminat ada sahaja yang tak kena, sampaikan senyuman juga dikatakan salah kerana boleh menimbulkan nafsu lelaki lain. Selain itu, ramai juga mempertikaikan penampilan Joy yang didakwa tidak sesuai dengan gaya Islamik suaminya.

Bagimanapun bagi Joy, dalam hal penghijrahan ini beliau tidak mahu terlalu terburu-buru kerana bimbang ianya tidak berkekalan. Malah katanya, Hafiz juga sering menasihatinya untuk perlahan-lahan melakukan penghijrahan supaya suatu hari nanti dapat menjadi Muslimah sejati.

Memang pelik benar imaginasi sesetengah orang, sampaikan senyum juga boleh menjadi satu masalah. Apapun ada betulnya kata Joy, tak perlu kita sibuk mencari salah orang lain, yang penting doa yang baik-baik saja.
Previous Post Next Post

Contact Form