Kangar - Seorang koperal polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis berusia 19 tahun di Kuala Sanglang, dekat sini, pada Mac lalu.
Selain tuduhan mencabul yang dilakukan pada jam 9 pagi, 16 Mac lalu, Azmi Nik, 43, yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, turut didakwa menunjukkan video lucah kepada gadis berkenaan pada masa dan lokasi sama di sebuah rumah di kawasan itu.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak salah atas kedua-dua tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah dan memohon untuk dibicarakan.
Azmi dituduh memeluk mangsa daripada belakang dengan maksud mencabul kehormatan di sebuah rumah di kawasan itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa mengikut Seksyen 509 kanun sama kerana menunjukkan video lucah kepada gadis berkenaan pada masa dan lokasi sama, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan 15 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.