Pada zaman teknologi dan penggunaan media sosial yang semakin berkembang kini, tidak dapat dinafikan bahawa memuatnaik gambar di laman sosial seperti Instagram dan Facebook boleh memberi risiko gambar-gambar yang dikongsi itu digunakan untuk tujuan yang salah – termasuk perbuatan sihir.
Biasanya, perkara-perkara sedemikian dilakukan oleh individu-individu yang tidak puas hati kepada seseorang dan dalam usaha untuk membalas dendam ‘secara halus’.
Perbuatan khurafat seperti memuja gambar agak sukar dipercayai dalam kalangan masyarakat moden sekarang, namun seorang pengguna Facebook pada Rabu mengemaskini laman sosialnya memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa sihir.
Menerusi entri tersebut, Mohd Nur Rahmat Jumrael mendakwa rakannya menemui sepasang baju dan sekeping gambar wanita yang dicucuk dengan jarum digantung pada sebatang pokok dalam hutan, dekat Sabah.
Dakwa Mohd Nur Rahmat, ketika kejadian sahabatnya yang dikenali sebagai Tony Hma masuk ke hutan Karambunai di Kota Kinabalu untuk memburu burung sebelum menemui objek-objek itu dipercayai digunakan untuk tujuan mistik.
“Agak-agak gambar dicucuk menggunakan jarum dan juga baju wanita ini untuk apa ya? Banyakkan "pendinding" dalam diri,” demikian tulis Mohd Nur Rahmat.
Berdasarkan gambar, beberapa batang jarum dilihat dicucuk pada bahagian mata, dada dan kemaluan wanita tersebut.
Sehingga kini, status tersebut mendapat perkongsian lebih 600 pengguna Facebook. Rata-rata netizen berharap wanita dalam gambar tersebut berada dalam keadaan selamat.