(Video) 'Nak Kecik Ke Nak Besaq Kak?'

Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Aminah cukup terkenal dengan sikapnya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Dan kerana gaya bersahaja itu juga, seorang peniaga durian tidak mengenali bahawa pembeli yang singgap di gerainya itu adalah isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Paling mencuit hati apabila peniaga yang berasal dari Pulau Pinang itu secara selamba memanggil kerabat diraja Pahang tersebut dengan panggilan 'kak'.

Menerusi video yang berdurasi 46 saat yang dikongsikan sendiri oleh Tunku Azizah di Instagram, ramai yang memuji sikap beliau yang tidak kisah walaupun identitinya tidak dikenali.



"Alhamdulillah..... rakyat pahang terlalu beruntung kerana memiliki kerabat diraja yang berjiwa rakyat.... Tengku Puan Pahang seorang yg prihatin. Sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Syukur Alhamdulillah" tulis Emmanuel Noah.

Malah, pengguna Facebook Encik Rusydi sempat berkongsi betapa merendah dirinya Tengku Puan Pahang dengan berkata: "Pernah bertugas sbg petugas bantuan banjir 2014 di kuantan dlu Tengku Puan Pahang dtg pki slua track,tshirt je..tudung belit2 mcm g psr mlm rmi org x prasan..tetibe die dtg terus ke tmpt memasak dan tlg msk mkanan utk mgsa banjir..last2 de sorg akak tegur br sume mengelupur pegi salam..sgt2 humble org nye ramah,mskan die pn org kate sedap...semoga Tengku Puan Pahang sekeluarga Kerabat di beri kn kesihatan yg baik."
Previous Post Next Post

Contact Form