Bapa Saman Pengetua Kerana Rampas Telefon Bimbit Anak

Singapura - Seorang bapa di sini telah menyaman pengetua sebuah sekolah kerana merampas telefon bimbit kepunyaan anaknya.

Tuntutan saman tersebut dibuat kerana merasakan rampasan tersebut tidak wajar berlaku dan menganggap ia telah mencabul hak asasi pelajar, lapor BBC.com

Dalam tuntutan injunksi tersebut, pihak sekolah dikehendaki memulangkan semula telefon berjenama iPhone 7 yang telah dirampas sekolah sejak tiga bulan lalu selain menuntut jumlah yang tidak diketahui kerosakan.

Biarpun tuntutan masih belum selesai, tetapi hakim telah menolak injunksi tersebut kerana merasakan rampasan itu ‘wajar’ sebagai prinsipal itu menguatkuasakan peraturan sekolah.

Hakim berkata, mengikut peraturan sekolah, telefon yang dirampas akan dipulangkan semula selepas tempoh tiga bulan.

Menurut hakim lagi, rampasan yang dilakukan adalah sebagai pengajaran bahawa mereka tidak boleh menggunakan telefon bimbit semasa waktu sekolah dengan sewenang-wenangnya.

Sekolah menengah melarang pelajar menggunakan telefon bimbit semasa waktu sekolah kerana ia dianggap sebagai gangguan.

Menerusi satu pekeliling yang dibuat pada Januari lalu, sekolah tersebut mengulangi larangan ke atas telefon bimbit kerana ia akan menimbulkan gangguan dari pembelajaran dan pelajar perlu menyimpannya bersama-sama peranti elektronik yang lain di dalam loker semasa waktu sekolah.
Previous Post Next Post

Contact Form