Buruh Dipenjara 17 Tahun Rogol, Rompak Janda Anak Satu

Kota Bharu - Seorang buruh dipenjara selama 17 tahun dan dikenakan 26 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol serta merompak seorang janda anak satu di sini pada Mei lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap, Faizal Hussain, 22, selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Faizal didakwa telah merogol mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyambut tetamu hotel di tempat parkir kereta di Bazar Tengku Anis dan Badang di sini antara pukul 7.40 hingga 8.30 malam, 15 Mei lalu.

Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah merompak wang tunai berjumlah RM50 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa di tepi jalan Kampung Banggol, Badang dekat sini pada pukul 9.45 malam, 12 Mei lalu.
Previous Post Next Post

Contact Form