Kes Rogol: Teman Lelaki Mangsa Serah Diri

Seorang lagi lelaki ditahan malam tadi, susulan kes remaja perempuan dirogol enam lelaki bergilir-gilir di Tok Uban, Pasir Mas, Sabtu lalu.

Penahanan lelaki berusia 21 tahun itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini, lima orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan ketika datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan remaja perempuan berusia 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh enam lelaki di sebuah pondok terpencil di Tok Uban, Pasir Mas, awal pagi Sabtu lalu. Tiga lelaki ditahan pada hari kejadian.
Previous Post Next Post

Contact Form